Kereta Sewa Murah Di Pulau Pinang, Hanya Dari RM49.90/Sehari
Pulau Pinang, adalah satu satunya tempat
yang mempunyai pelbagai destinasi yang memang cukup menarik, tempat untuk
dilawati dan syurga makanan. Selain daripada tempat yang menarik, Pulau Pinang
juga terkenal dengan tempat bersejarah seperti Kota Cornwallis. Anda ingin
membeli belah? Anda ingin bersantai atau melihat keindahan semulajadi? Atau
anda kaki makan dan ingin mencari tempat-tempat makan yang best? Pulau Pinang
adalah tempat anda. Pelbagai tempat-tempat menarik yang ada untuk anda singgah
dan kunjungi, tetapi persoalannya bagaimana anda hendak ke sana?
Pulau Pinang |
Menaiki pengangkutan awam memang satu
pilihan yang baik, tetapi bagaimana anda hendak bershopping dan hendak bawa
barang-barang yang banyak? Ataupun anda inginkan untuk pergi ke satu tempat
yang mana agak jauh untuk anda sampai ke sana menggunakan pengangkutan awam?
Jawapannya adalah untuk anda mendapatkan kereta sewa. Tahukah anda, anda boleh
mendapatkan kereta sewa murah di Pulau Pinang hanya dari RM49.90/sehari?
Sejak
dua menjak ni pelbagai tempat-tempat yang menarik sudahpun terdapat di Penang.
Misalnya, di sekitar Georgetown yang mempunyai pelbagai street art yang
berbayar dan juga tidak berbayar yang kita boleh pilih untuk tangkap disitu.
Tapi jangan pula dilupakan muzium 3D yang juga ada disini.
Muzium 3D |
Penang Street Art |
Selain pergi menangkap gambar untuk dijadikan kenang-kenangan, anda juga
boleh pergi beriadah atau melihat alam semulajadi bersama keluarga /
rakan-rakan. Antaranya ialah Batu Feringgi yang merupakan satu pantai
peranginan di Penang yang menarik untuk bercuti. Mempunyai kawasan pantai yang
lapang dan sesuai untuk aktiviti riadah & sukan air bersama keluarga
seperti banana ride, jetski, naik bot dan sebagainya. Kawasan Batu Feringgi
juga terkenal dengan banyak tempat makan best pada waktu malam seperti medan
ikan bakar atau kedai masakan panas ala Thai. Maklumlah, kawasan tumpuan
pelacongan, pilihan bermalam juga ada yang best antara penginapan yang popular
adalah Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa, Park Royal Penang Resort,
Hard Rock Hotel dan sebagainya mengikut kemampuan dan bajet anda untuk bermalam.
Batu Feringgi |
Selain
daripada itu, anda juga boleh pergi ke Taman Negara Pulau Pinang. Di sana, anda
boleh melihat keindahan alam semulajadi dan pelbagai aktiviti menarik yang anda
boleh lakukan untuk kepada yang menggemarkan sukan lasak seperti jungle tracking,
melalui jalan persisiran pantai ke monkey beach, dan lain-lain. Sememangnya kalua
anda kesini pasti anda tidak akan menyesal!
Penang National Park |
Bagi anda yang kaki makan atau suka mencari tempat-tempat makan, tahukah
anda di penang sangat terkenal Nasi Kandar. Pelbagai pilihan Nasi Kandar yang
anda boleh pilih untuk makan. Salah satunya Nasi Kandar Hameediyah yang memang sangat
popular di Penang, aroma kuah kari yang padu dan pekat membuatkan anda akan
terngiang-ngiang lagi selepas menikmatiknya. Pastikan anda datang pada waktu yang
sesuai supaya anda tidak perlu beratur panjang untuk menikmati Nasi Kandar.
Selain daripada Nasi Kandar Hameediyah, ada beberapa lagi Nasi Kandar yang
sangat terkenal di Penang seperti, Line Clear, Deen Maju, Nasi Kandar Kampung
Melayu dan sebagainya. Saya syorkan anda patut pergi dan rasainya sendiri Nasi
Kandar di Penang yang sememangnya terkenal dan terbaik.
Nasi Kandar Hameediyah |
Nasi Kandar |
Selain
Nasi Kandar, pelbagai menu lain yang anda boleh nikmati di penang contohnya pasembor
padang kota, Mee Sotong Hameed Pata, Teochew chendul, Cargas Café dan sebagainya
mengikut citarasa anda. Penang memang sangat terkenal dengan tempat makan yang
sedap. Jadi bila anda berkunjung kesini jangan lupa unutk mencubanya, kalua tidak
anda pasti akan menyesal!
Mee Sotong Hameed Pata |
Teochew Cendol |
Kereta Sewa Murah Di Pulau Pinang - Hanya Dari RM49.90
/Sehari
Kereta
Sewa Penang Airport merupakan salah satu syarikat kereta sewa yang telahpun
bertapak di Penang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa serendah RM49.90
untuk sehari. Syarikat ini telah berkecimpung dalam perkhidmatan sewa kereta
dan telah memberikan perkhidmatan yang cukup memuaskan hati
pelanggan-pelanggannya. Bermula dari hanya 3 kenderaan sahaja, sejak tahun 2016
mereka telah berkembang ke 15 buah kenderaan dan semakin berkembang kian hari.
Pelanggan - pelanggan Kereta Sewa Penang Airport tidak terhad kepada
orang tempatan sahaja, malah pelancong - pelancong dari negara luar pun turut
serta menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Kereta Sewa Penang Airport.
Bukan mudah untuk anda mendapatkan kereta sewa murah di Penang hanya dari RM49.90/sehari,
tetapi dengan Kereta Sewa Penang, ia menjadi kenyataan bagi mereka yang
memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang mantap dan murah.
Perkhidmatan Yang
Disediakan Oleh Kereta Sewa Murah Di Penang.
Secara
asasnya perkhidmatan yang disediakan oleh Kereta Sewa Penang Airport adalah
perkhidmatan sewa yang mana anda boleh menyewa kereta secara harian, mingguan
ataupun bulanan, dengan harga sewa yang memang cukup berpatutan dan susah untuk
didapati di tempat lain. Pelbagai pilihan kereta yang anda boleh dapati dengan Kereta
Sewa Penang Airport yang mana anda boleh mendapatkan kereta sewa murah di Penang
dari RM49.90/sehari.
Sekiranya
anda mementingkan bajet atau inginkan kereta yang kecil dan mudah untuk dibawa,
pilihan anda yang paling sesuai adalah Perodua Viva, yang menjanjikan
penjimatan petrol yang paling optimum di samping memberikan pengalaman
pemanduan yang mudah kerana saiznya yang kecil memudahkan anda untuk parking.
Harga sewaan bagi Perodua Viva memang murah, hanya dari RM49.90/sehari.
Sekiranya
anda inginkan kereta yang tidak terlalu kecil atau masih berada dalam kategori
kereta compact atau hatchback, anda boleh memilih sama ada dari kereta Perodua
Axia ataupun Perodua Myvi, yang mana ia menjanjikan pemanduan yang selesa,
ruang duduk yang luas sehingga memuatkan 5 orang dengan selesa, dan juga
memberikan ruang but yang besar untuk barang-barang shopping anda, disamping
juga ia dapat memberikan penjimatan petrol yang baik.
Untuk
mereka yang meminati kereta sedan, terdapat pilihan untuk mendapatkan sama ada
Proton Saga, Proton Persona dan Honda City, ketiga-tiga kereta ini memberikan
perbezaan dari segi harga sewaan, kualiti, keselesaan pemanduan, kepuasan
pemanduan dan sebagainya. Bagi anda yang mementingkan penjimatan, Proton Saga
adalah pilihan yang sesuai, manakala bagi anda yang mementingkan keselesaan
serta pemanduan yang mantap, Honda Honda City menjadi pilihan yang lebih
sesuai.
Selain
daripada kereta hatchback dan sedan, Kereta Sewa Penang Airport juga menawarkan
kereta-kereta dari kategori MPV dan juga van. Contoh kereta MPV seperti Perodua
Alza, Proton Exora, Hyundai Starex, Toyota Velfire dan Toyota Alphard, manakala
di kategori van termasuklah Toyota Hiace.
Anda
boleh memilih mengikut bajet anda, ataupun bergantung kepada keselesaan anda
sama ada anda hanya inginkan ruang yang besar untuk membawa orang yang ramai
atau inginkan kelas, gaya dan keselesaan dalam pemanduan anda. Apa-apa pun,
kesemua kereta sewa ini bergantung kepada pilihan dan citarasa anda untuk
memilih apa jenis kenderaan yang sesuai bergantung kepada kehendak anda.
Di
samping itu juga, selain daripada menyediakan kereta sewa, syarikat Kereta Sewa
Penang Airport juga menwarkan perkhidmatan pemandu atau chauffeur berserta
kereta sewa anda. Ia amat memudahkan teerutama sekali bagi pegunjung-pegunjung
yang datang ke Pulau Pinang buat pertama kalinya. Untuk mendapatkan maklumat
yang lebih lanjut mengenai perkhidmatan kereta sewa sekali pemandu atau
chauffeur ini, anda boleh hubungi kami di contact info kami di bawah.
Senarai Kereta, MPV dan
Van Sewa Di Penang.
Berikut adalah senarai
harga bagi kereta-kereta, MPV beserta van yang boleh didapati di Kereta Sewa
Penang Airport, kereta sewa murah di Penang hanya dari RM100.00/sehari.
Pelbagai pilihan yang anda boleh pilih terpulang kepada kehendak, kemahuan,
citarasa mahupun bajet anda. Pasti anda akan mendapat kereta sewa anda dengan
harga yang berpatutan. Tempahlah sekarang sebelum terlambat!
Sewa Perodua Viva di
Penang
Harian:
RM100/hari
Mingguan:
RM85.71/hari
Bulanan:
RM49.90/hari
Kecil tetapi lincah, penjimatan petrol yang maksimum
dan pemanduan yang selesa dan mudah kerana saiz kecil yang ringan dan mudah
dibawa, sesuai untuk mereka yang hendak pergi ke tempat yang sesak dan susah
nak parking, yang mana kereta kecil ini boleh mencilok ke sini dan ke sana
dengan mudah. Jangan terpedaya dengan saiznya yang kecil.
Sewa Perodua Axia di Penang
Harian:
RM110/hari
Mingguan:
RM94.28/hari
Bulanan:
RM55/hari
Hampir
setanding dengan Perodua Myvi dari segi dan pemanduan, Perodua Axia menawarkan
ruang duduk seramai 5 orang untuk anda beserta rakan-rakan anda menjelajahi
sekitar Penang dengan selesa, namun dapat memaksimumkan penjimatan penggunaan
petrol.
Sewa Proton Saga di Penang
Harian:
RM130/hari
Mingguan:
RM111.42/hari
Bulanan:
RM65/hari
Untuk
tampak sedikit bergaya terutama sekali sekiranya anda hendak menyewa bagi
tujuan kerja. Proton Saga menawarkan ruang but yang luas untuk memasukkan
barang-barang keperluan di samping dapat menampung 5 orang penumpang dengan
selesa.
Sewa Perodua Myvi di Penang
Harian:
RM130/hari
Mingguan:
RM111.42/hari
Bulanan: RM65/hari
Anda
hendak pergi ke tempat-tempat riadah di sekitar Penang seperti Georgetown, Batu
Feringgi, Balik Pulau dan sebagainya, elok digayakan dengan Perodua Myvi yang
serba berkebolehan dan versatile, yang mana ia boleh melipatkan kerusi
belakangnya untuk membesarkan ruang storan atau dilipat di tempat asal untuk
menampung 5 penumpang dengan selesa.
Sewa Proton Alza di Penang
Harian:
RM190/hari
Mingguan:
RM162.85/hari
Bulanan:
RM95/hari
Anda
perlukan ruang storan yang lebih besar atau inginkan kereta yang boleh
menumpang sehingga 7 orang penumpang, tetapi anda tidak mahu mengambil kereta
sewa yang terlalu mahal? Jangan risau , Perodua Alza ada, dengan versatility
untuk mengubah tempat duduk ke ruang storan but dan sebagainya. Ia juga tidak
terlalu besar yakni anda boleh memandunya di sekitar bandar Pulau Pinang dengan
selesa.
Sewa Honda City di Penang
Harian:
RM240/hari
Mingguan:
RM205.71/hari
Bulanan:
RM120/hari
Honda
City juga boleh membawa satu aura yang positif di kalangan peminat kereta ini,
dan ia antara satu-satunya model kereta bukan buatan Malaysia yang cukup berkualiti
dan berprestij. Siapa yang tak kenal kereta Honda dengan enjinnya yang mantap
dan pemanduannya yang marvelous! Sesuai bagi mereka yang memang suka memandu
tak kira di mana sahaja.
Sewa Proton Exora di Penang
Harian:
RM270/hari
Mingguan:
RM231.42/hari
Bulanan: RM160/hari
Anda
inginkan ruang yang lebih luas daripada Perodua Alza? Cubalah pula sewa kereta
Proton Exora pula, yang mempunyai panjang dan luas kereta yang lebih tinggi
daripada Perodua Alza yang mana ia menawarkan ruang storan yang memang besar dan
sesuai untuk dibawa bershopping dengan melipatkan kedua-dua kerusi di bahagian
belakang dan di bahagian tengah kereta.
Sewa Toyota Hiace di Penang
Harian:
RM430/hari
Mingguan:
RM365.57/hari
Bulanan:
RM225/hari
Sekiranya
anda memerlukan ruang untuk membawa sejumlah penumpang yang besar, misalnya
seramai 15 orang, maka anda perlu menyewa van dan bukan kereta, dan antara
pilihan ramai adalah Toyota Hiace dengan kepelbagaian / versatility.
Sewa Hyundai Starex di Penang
Harian:
RM650/hari
Mingguan:
RM557.14/hari
Bulanan:
RM260/hari
Antara
pilihan MPV yang ekslusif, ia menawarkan ruang tempat duduk yang cukup selesa
dan pemanduan yang cukup mantap, tapi berhati-hati ye kerana MPV ini antara
kereta-kereta yang terbesar. Sungguhpun begitu anda akan terkejut dengan
handlingnya yang memang cukup responsif.
Sewa Toyota Velfire di Penang
Harian:
RM850/hari
Mingguan:
RM728.57/hari
Bulanan: RM340/hari
Anda
ingin bergaya ala Dato Alif Syukri Terlajak Laris dengan membawa Velfire? Ini
adalah peluang anda! Harga sewanya yang tinggi adalah disebabkan oleh pemberian
keselesaan yang optimum dan pemanduan yang memang class…Amat sesuai untuk
disewa bagi para eksekutif atau bahagian pengurusan atasan untuk tujuan
mesyuarat, urusan lawatan rasmi dan sebagainya.
Testimoni Kereta Sewa
Murah Di Penang
Gambar-gambar
di bawah ini menunjukkan pelanggan-pelanggan dari Kereta Sewa Penang Airport.
Jelas nampak dari raut wajah mereka yang tersenyum dan ceria menunjukkan rasa puas
hati mereka dengan mendapatkan khidmat kereta sewa daripada syarikat ini.
Pastinya mereka akan datang lagi untuk mendapatkan perkhidmatan dari Kereta
Sewa Penang Airport sekiranya mereka memerlukan perkhidmatan kereta sewa pada
masa yang akan datang.
Daripada pelanggan tempatan mahupun di luar negara, kesemuanya telah
mendapat manfaat dalam memilih serta mendapatkan perkhidmatan kereta sewa bagi
apa sahaja tujuan mereka, sama ada untuk tujuan pekerjaan, percutian dan
sebagainya. Syarikat ini amat berterima kasih atas sokongan dan minat yang
didapati dari pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Penang Airport, kereta sewa murah
di Pulau Pinang hanya dari RM49.90/sehari.
Dapatkan Kereta Sewa
Murah Di Pulau Pinang Hanya RM49.90/Sehari
Jangan
ditunggu-tunggu lagi! Anda tidak akan mendapat tawaran yang menarik seperti
ini. Hanya dari RM49.90 sehari, anda boleh menyewa kereta idaman anda untuk anda ke mana-mana sahaja
yang ingin dituju. Pelbagai pilihan dan jenama kereta untuk ada pilih
bergantung kepada keperluan, kesesuaian, minat, penggunaan serta bajet anda.
Dapatkan kereta sewa murah di Penang hanya dari RM49.90/sehari dari Kereta Sewa
Penang sekarang!
KERETA SEWA PENANG AIRPORT | PERKHIDMATAN KERETA SEWA AIRPORT PULAU PINANG
Telefon: 017-4510964 | Link WhatsApp
Website: http://www.greenmatrixcarrental.com
Alamat:
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Bayan Lepas, Pulau Pinang
JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
ReplyDeleteAYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353