6 Tip Memandu Malam Supaya Kekal Selamat Sepanjang Perjalanan
SESETENGAH orang gemar memandu malam. Di Malaysia misalnya, memandu malam kurang meletihkan kerana cuaca lebih sejuk berbanding siang. Malah, jumlah kereta juga tidak sebanyak siang (kecuali hari perayaan), sekali gus membuatkan perjalanan lebih lancar. Namun, memandu malam sebenarnya lebih berisiko berbanding memandu siang. Sudah tentu faktor yang mempengaruhi risiko bahaya antara kedua-dua situasi memandu itu ialah kejelasan pemanduan. Apabila memandu malam, anda bergantung kepada sumber cahaya yang dibekalkan kereta dan objek lain seperti lampu jalan. Jika berlaku kegagalan sumber cahaya, pandangan anda akan terjejas. Malah, pemanduan boleh terganggu disebabkan cahaya kenderaan lain seperti lampu suluh tinggi atau lampu kabus belakang yang dipasang sesuka hati. Apapun, jika masih berkeras atau tidak dapat mengelak daripada memandu malam, sila ikuti 6 tip di bawah sebagai pedoman supaya kekal selamat sepanjang perjalanan. Akhir kata, sentiasa berhati-hati di jalan raya! ...